Tuntut pelan asal CSR melalui Simpang Pelangai di teruskan
Tuntut pelan asal CSR melalui Simpang Pelangai di teruskan
BENTONG: Kerajaan Pahang menuntut pelan asal pembinaan Lebuhraya Central Spine Road (CSR) dari Kuala Krai, Kelantan melalui Simpang Pelangai Pahang dimasukkan semula dalam pembentangan Bajet 2024.
Exco Pahang Datuk Seri Johari Harun berkata, rancangan asal CSR yang menuju ke Simpang Pelangai, Bentong bagi memudahkan perjalanan ke selatan tanah air melalui Kuala Pilah Negeri Sembilan tanpa memasuki Kuala Lumpur.
Katanya,,saya agak kecewa peruntukan bagi pelaksanaannya fasa 6 sejauh 47 kilometer ke Simpang Pelangai tidak termasuk dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan hanya terhenti di Sertik, Bentong.
` Pengarah Jabatan Kerja Raya ( JKR) yang saya ditemui sebaik sahaja saya dilantik exco telah mengesahkan fasa e-6 CSR ke Simpang Pelangai tidak termasuk dalam pakej projek yang rancak dilaksanakan sekarang.
Ini bukan soal politik kerana kita mahu mewujudkan jaringan perhubungan jalan raya yang baik untuk kemudahan semua rakyat sekali gus pemangkin pertumbuhan ekonomi khususnya di Simpang Pelangai dan jajarannya..
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat Dewan Undangan Negeri Pelangai di Dewan Felda Kemasul, hari ini.
Untuk rekod CSR yang menghubungkan bandar Kuala Krai, Kelantan dengan bandar Kuala Pilah di Negeri Sembilan tanpa tol sejauh 325 kilometer membabitkan enam fasa pembinaan dengan kos lebih RM7.3 bilion. Fasa 1 hingga fasa lima dijangka siap awal 2026.
Johari berkata, pembinaan lebuh raya itu dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan sosial Simpang Pelangai. Malah dapat mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di bandar Bentong apabila pengguna boleh menyusur simpang Sungai Dua Lebuhraya Pantai Timur 1 ( LPT-1) pada musim perayaan dan cuti sekolah ekoran pertambahan kenderaan menuju ke Kelantan.
Beliau berkata, pembinaan jalan ini juga memudahkan mereka dari Kelantan dan Terengganu kerana CSR Simpang Pelangai memendekkan perjalanan ke destinasi di selatan seperti ke Putrajaya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pelangai berharap jaminan Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad bahawa bajet CSR Simpang Pelangai di masukkan dalam pembentangan Bajet 2024 Oktober ini menjadi kenyataan.
Dalam perkembangan berkaitan beliau berkata, perbincangan telah dijalankan dengan sebuah bank perdagangan Agrobank bagi mewujudkan sebuah cawangan di Simpang Pelangai. Buat permulaan sebuah mesin pengeluaran automatik ( ATM) dibuka di sini.-SAHIH.