Susu Raya Ainul Mardhiah, Gabungan Badan Masjid Felda Wilayah sumbang 1 tahun Susu
Susu Raya Ainul Mardhiah
JERANTUT: Gabungan Badan Masjid Felda Wilayah memberi jaminan menyumbang susu berformula khas selama setahun kepada kanak-kanak Orang Kelainan Upaya Ainul Mardhiah Nurul Ridzuan,6, dari Felda Kota Gelanggi 2.
Pengerusinya Razak Daud berkata, komitmen itu berikutan kanak-kanak berkenaan memerlukan susu khas sebagai rangsangan untuk memulihkan urat saraf yang rosak akibat kemalangan jalan raya.
Menurutnya, Ainul Mardhiah dikategorikan sebagai orang OKU kerana mengalami gangguan saraf, kelemahan pergerakan dan kecacatan bahagian mata akibat kemalangan jalan raya dua tahun lalu.
Ainul Mardhiah anak kedua daripada empat beradik pasangan Nurul Ridzuan dan Nur Ashikin Omar, 36, memerlukan perhatian dan sokongan berterusan masyarakat berikutan keluarganya tidak mampu
Bapa kanak-kanak itu Nurul Ridzuan Ab. Rahman, 35, pula ditahan pihak berberkuasa sebulan lalu akibat kesalahan dadah manakala ibunya Nur Ashikin tidak bekerja,` katanya.
Razak berkata demikian kepada media selepas menyampaikan barangan keperluas asas seperti susu berformula, pampers, baju raya dan wang tunai RM500 di kediamannya di Felda Kota Gelanggi 2 hari ini.
Utusan Malaysia baharu-baharu ini menyiarkan penderitaan dan dilemma ibu empat anak hilang tiada punca pendapatan berikutan tunggak keluarga ditahan pihak berkuasa akibat kesalahan dadah.
Ibu kanak-kanak berkenaan Nur Ashikin Omar berserta empat anak berusia setahun hingga 10 tahun tinggal di se buah rumah yang belum siap kawasan ladang sawit berdekatan jalan raya Felda Kota Gelanggi Dua, Jerantut.
Razak yang juga Pengerusi Biro Sosial dan Kemasyarakatan Gabungan Wilayah Jengka berkata,bantuan sosial seperti ini menjadi agenda utama
adan Masjid Felda Wilayah Jengka.
Kesulitan Nur Ashikin Omar, 36, bertambah parah apabila suami tiada di sisi bagi menanggung perbelanjaan anak-anak membeli pakaian raya seperti kanak-kanak yang lain.
Pengerui Gerakan Persatuan Wanita ( GPW} Wilayah Jengka, Zariah Harun berkata, pihak GPW akan terus memantau perkembangan keluarga ini supaya mendapat bantuan berterusan.
Menurutnya, GPW Wilayah Jengka turut terpanggil memberi sumbangan tilam toto, kuih raya dan wang tunai kepada keluarga ini yang baharu sebulan menetap di Felda Kota Gelanggi dari Kedah.
Sementara itu Nur Ashikin sangat bersyukur mendapat bantuan barangan dapur dan tunai dari-pada pelbagai pihak seperti dari Gabungan Gabungan Masjid Wilayah Jengka, UMNO Bahagian Jerantut dan GPW Jengka,
` Saya sangat menghargai sumbangan dari orang ramai kerana zero pendapatan setelah suami sebagai tunggak keluarga ditahan pihak berkuasa terlibat dengan Najis dadah,’ katanya.
Katanya, dia juga perlu menyediakan perbelanjaan bulanan RM1,300 untuk membeli barang dapur, susu dan lampin pakai buang bagi digunakan oleh anaknya yang berusia setahun, dua tahun termasuk rawatan anak OKU yang kini semakin merosot kesihatannya.
Orang ramai dan dermawan yang ingin beramal jariah boleh menghubungi Nur Ashikin menerusi talian 0132034639 atau menyalurkan sumbangan terus ke akaun Maybank bernombor 152116524825.-SAHIH.