Program Ceria Ke Sekolah TNB Singgah di SK Janda Baik
Program Ceria Ke Sekolah TNB Singgah di SK Janda Baik
KUANTAN – Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui program Ceria Ke Sekolah 2023 mengagihkan bantuan keadaan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Janda Baik, dekat Bentong, hari ini.
Penyampaian sumbangan itu dilakukan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Seri Johari Harun.
Setiap pelajar menerima sepasang pakaian seragam sekolah, alat tulis, beg dan kasut dianggarkan bernilai RM200.
Johari berkata, program itu adalah inisiatif TNB menyantuni masyarakat bagi membantu keluarga yang memerlukan.
“Terima kasih saya ucapkan kepada pihak TNB yang memberi sumbangan kepada murid sekolah luar bandar di tiga daerah dalam negeri Pahang,” katanya.
Turut hadir Pengurus Besar TNB Pahang, Datuk Baderul Sham Saad dan guru besar SK Janda Baik, Arbina Abdul Rahman.
Pada majlis sama, Johari turut menyampaikan Bantuan Wang Ihsan (BWI) banjir kepada 22 ketua isi rumah yang terbabit dalam kejadian banjir baru-baru ini.
“Mereka adalah penduduk yang menetap dalam kawasan dewan undangan negeri (DUN) Ketari.
“Sumbangan BWI ini adalah atas dasar keprihatinan kerajaan negeri diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail,” katanya.
tamat-SAHIH