Mesyuarat Pertama Selaras Perancangan Negeri
Mesyuarat Pertama Selaras Perancangan Negeri
KUANTAN – Satu mesyuarat peringkat Jawatankuasa Perancang Negeri diadakan hari ini di Wisma Sri Pahang, dekat sini.
Mesyuarat dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Seri Johari Harun antara yang turut hadir pada mesyuarat kali pertama jawatankuasa itu untuk tahun ini.
Johari berkata, sesi perbincangan diadakan bagi menyelaraskan Jawatankuasa Perancang Negeri yang bertindak mengawal selia, mengawal, merancang dan menyelaraskan semua aktiviti pemajuan di Pahang.
“Semoga segala usaha dan perancangan yang akan dilaksanakan nanti sentiasa dipermudahkan Allah SWT dan mendatangkan banyak kebaikan untuk negeri dan rakyat Pahang,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial Facebook miliknya.
Mesyuarat itu turut dihadiri Exco Kerja Raya, Pengangkutan Dan Kesihatan Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Ariff; Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi Dan Inovasi, Datuk Mohamad Nizar Najib dan Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi Dan Pendidikan, Datuk Seri Ir Mohd Soffi Abd Razak.
tamat-SAHIH