Pahang Mining Corporation syarikat GLC Negeri ke-6
Pahang Mining Corporation syarikat GLC Negeri ke-6
KUANTAN – Menteri besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Pahang Mining Corporation (PMC) Sdn Bhd Bil.1/2020.
Katanya, Pahang Mining Corporation adalah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri Pahang yang ke-enam ditubuhkan.
“PMC adalah selepas Pahang Corporation, Pengurusan Pasir Pahang Berhad, Pahang Go, Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands dan Pahang Water and Energy Resources sepanjang beliau menerajui Negeri Pahang sebagai Menteri Besar.
“Pahang Mining Corporation (PMC) berperanan menyelaras dan menguruskan semua aktiviti berkaitan perlombongan di Pahang supaya dilaksanakan dengan lebih sistematik dan berkesan,” katanya.
Wan Rosdy berkata, selain itu, PMC bertindak sebagai Pusat Sehenti ‘One Stop Centre’ bagi merancang, mengurus dan memantau aktiviti perlombongan.
Beliau yakin adanya syarikat ini akan menambahkan lagi peningkatan hasil negeri dan pada waktu yang sama tidak mengetepikan kelestarian alam.-SAHIH.