Peneroka Felda yakin BN terajui negara
Peneroka Felda yakin BN terajui negara
Foto atas : Tan Sri Rozali Ismail di Majlis Ramah Mesra bersama Peneroka Felda Jengka 12, semalam.
JERANTUT – Presiden Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) Tan Sri Rozali Ismail mengingatkan peneroka Felda khususnya generasi kedua dan ketiga meletakkan keyakinan penuh kepada calon Barisan Nasional (BN) untuk menerajui negara.
Katanya, pentadbiran kerajaan 22 bulan, banyak menghimpit kehidupan peneroka yang telah termakan janji yang tidak ditunaikan antaranya seperti harga minyak turun dan penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
“Banyak kawasan Felda saya kunjungi di seluruh negara, saya yakin berdasarkan sambutan yang hebat terhadap calon BN/Umno semakin meningkat malah majoriti warga Felda telah buat “u Turn” menyokong BN.
“Kehadiran saya turun padang di rancangan Felda seluruh negara jelas mendapati trend sokongan terhadap calon BN di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ( DUN) meningkat hasil kempen berfakta tanpa janji dan harapan menggunung,” katanya.
Beliau berkata demikian di Majlis Ramah Mesra bersama Peneroka Felda Jengka 12, semalam.
Katanya, kira-kira hampir 135,000 ahli berdaftar di 317 tanah rancangan Felda dari sebelas wilayah mahukan menyokong BN yang didokongi UMNO dan mampu menang dengan menyapu bersih kesemua 54 kerusi majoriti peneroka dalam Pilihan Raya Umum ke-15 ( PRU-15) Sabtu ini.
“Sasaran kita supaya BN mendapat jumlah kerusi yang selesa dan dapat membentuk kerajaan sendiri tanpa gabungan dengan parti lain dan memudahkan semua agenda pembangunan yang dirangka untuk membela masyarakat Felda di seluruh negara.
“ Sekali lagi, GWGF mengambil ketetapan tegas dan jelas menyokong BN dalam PRU15 setelah mengambil kira rekod buruk kerajaan 22 bulan Pakatan Harapan ( PH) yang banyak menyusahkan rakyat dan masyarakat peneroka Felda,” katanya.-SAHIH.