DUN Pulau Tawar dapat tonik tambahan 742 pengundi Felda lepar Utara 2
DUN Pulau Tawar dapat tonik tambahan 742 pengundi Felda Lepar Utara 2
JERANTUT – Seramai 742 pengundi di Felda Lepar Utara 2 bersatu hati memberi sokongan penuh untuk kemenangan Calon N11, Dewan Undangan Negeri Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 ini.
Kedudukan Felda Lepar Utara 2 yang bukan dalam DUN Pulau Tawar sebaliknya berada dalam Parlimen Paya Besar memberi tonik tambahan kepada calon DUN itu dan calon Parlimen Jerantut.
Penyandang dan Calon DUN Pulau Tawar itu, Datuk Nazri Ngah berkata, 742 pengundi itu yang tinggal di Felda Lepar Utara 2 tidak berbelah bagi untuk memberi undi kepada calon.
“Saya terharu dengan sokongan padu yang diberi kepada saya, selepas pilihan raya, saya berhasrat akan menubuhkan cawangan UMNO di situ kerana penyokong parti ini serta sekurang-kurangnya ada tempat untuk mereka ‘mengadu’.
“Selain itu, sekiranya saya dipilih dan masih memegang portfolio yang sama, Insya Allah saya akan membantu generasi kedua di situ samada menyediakan Perumahan Generasi Kedua Felda atau Skim Tanah Rakyat,” katanya ketika ditemui.
Katanya, penduduk Felda Lepar Utara 2 mempunyai hubungan kekeluargaan di Gugusan Felda Wilayah Jengka berdekatan, oleh itu mereka masih mahu mengundi dalam parlimen Jerantut dan DUN Pulau Tawar.
“Keadaan ini menambah kekuatan BN di kawasan DUN ini dan Parlimen dan tonik tambahan, tidak menghairankan kerana tali persaudaraan peneroka di situ memang ramai di kawasan Jerantut, Felda berdekatan dan Jengka.-SAHIH.