Generasi kedua Felda jangan tertipu tohmahan
Generasi kedua Felda jangan tertipu tohmahan
Foto atas : Nohd Nizar ( 4 dari kanan) bergambar bersama penyokong BN-Umno di Felda Padang Piol, semalam.
JERANTUT – Generasi kedua jangan termakan tohmahan pembangkang yang cuba memainkan fakta sejarah mengenai Allahyarham Tun Abdul Razak antara tokoh yang mengasaskan penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sejak 66 tahun lalu.
Ketua Pemuda UMNO Pekan, Mohd Nizar Najib mengutuk pihak pembangkang sebelum ini menerusi kempen semasa PRU14 pernah menafikan kejayaan serta legasi Tun Abdul Razak yang bersungguh-sungguh membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat menerusi peranan Felda.
“Ini adalah dakwaan tidak berasas oleh pembangkang yang tidak menghayati sejarah serta tujuan penubuhan Felda oleh nenda saya yang sudah pun terbukti berjaya membebaskan kemsikinan rakyat selepas negara merdeka.
“Janganlah peneroka kena tipu sekali lagi dengan Pakatan Harapan sebelum ini yang membuat pelbagai fitnah dan tipu bermacam-macam menerusi kempen dalam PRU14 dan diharap kita berwaspada kerana perkara yang sama akan muncul semula untuh mencari pengaruh,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam majlis Ceramah Umum Dengan Aokme anjuran Penerangan UMNO Jerantut di Felda Padang Piol dekat sini, semalam.
Katanya, pembangkang hanya tahu menipu untuk memenangi PRU14 sebelum ini malah tidak mempunyai roh untuk membela kebajikan serta membasmi kemiskinan dan setelah mula memerintah, rakyat mula terbeban kesusahan seperti mana yang ditempuh oleh peneroka Felda dalam tempoh 22 bulan.
“Berbeza dengan UMNO dan Barisan Nasional khususnya semasa di bawah Tun Abdul Razak dan Najib bersama kerajaan sudah melakukan tugas yang cemerlang seperti mana yang terungkap dalam manifesto setiap kali kempen pilihan raya.
“Tun Abdul Razak menerusi konsep Felda bertujuan untuk mengangkat seberapa ramai yang boleh keluar daripada kemiskinan dengan menempatkan mereka (peneroka) menerusi pembukaan tanah rancangan di Pahang dan tempat lain sejak awal 60-an dan kini sudahpun terbukti Berjaya,” katanya.-SAHIH.