Pahang berjaya capai sasaran RM1 Bilion
Pahang berjaya capai sasaran RM1 Bilion
KUANTAN – Kerajaan Negeri Pahang berjaya mencapai melebihi 100 peratus sasaran kutipan hasil negeri iaitu sebanyak RM 1.037 bilion berbanding sasaran yang ditetapkan sebelum ini dalam Belanjawan Pahang 2022 iaitu sebanyak RM 1.036 bilion.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pencapaian itu dianggap sebagai satu pencapaian membanggakan negeri ini kerana buat julung kalinya ia Pahang berjaya mencapai hasil mencecah RM 1 bilion.
Beliau berkata, sehingga 30 September, Negeri Pahang telah berjaya mengumpulkan pelaburan berjumlah 20.56 bilion ringgit melibatkan RM9.55 bilion pelaburan domestik dan RM 11.01 bilion.
” Selain itu katanya, Negeri Pahang juga telah berjaya mengurangkan sebanyak 71.24 peratus hutang Kerajaan Negeri di mana secara purata, Kerajaan Negeri berjaya mengurangkan kira-kira 17.8 peratus hutang negeri setiap tahun dalam tempoh empat tahun pentadbiran.
“Bertemakan “Negeri Stabil, Rakyat Sejahtera” yang telah dipilih menjadi pasak utama kepada keseluruhan Belanjawan Negeri Pahang Tahun 2023, Kerajaan Pahang mensasarkan kutipan hasil mencecah RM 1.083 bilion, tahun hadapan,”katanya ketika pembentangan Bajet Pahang 2023 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.
Katanya, belanjawan Negeri Pahang bagi tahun hadapan akan menggariskan lima strategi belanjawan utama iaitu meransang kemajuan ekonomi, memperkukuh tadbir urus, membangun insfrastruktur yang mampan, menjamin kesejahteraan rakyat dan membina generasi masa depan yang gemilang.
Selaku negeri terbesar di Semenanjung Malaysia, fokus utama kutipan hasil Kerajaan Negeri sudah semestinya kepada hasil tanah, yang dianggarkan kira-kira RM675.37 juta.-SAHIH.