PORTUGAL TERUS MENANG TANPA RONALDO
Berita Sukan
PORTUGAL TERUS MENANG TANPA RONALDO
LISBON: Portugal terus menunjukkan penguasaan sebagai juara bertahan Liga Negara-Negara UEFA dengan kemenangan 3-0 ke atas Sweden.
Walaupun tanpa bintang mereka Cristiano Ronaldo yang positif COVID-19 dan kini pulang ke Itali untuk kuarantin, Portugal meneruskan rentak kemenangan untuk kekal di tangga teratas kumpulan.![]()
Diogo Jota meledak dua kali dan satu lagi hasil jaringan Bernardo Silva untuk Portugal mengutip 10 mata menyamai Perancis di tangga kedua Kumpulan 3 Liga A.
Ronaldo yang menonton perlawanan berkenaan di televisyen dengan memakai jersi Portugal, diterbangkan ke Itali menggunakan jet ambulan untuk menyambung kuarantin.
Sweden kini tewas keempat-empat perlawanan Liga Negara-Negara mereka dan menghuni tangga tercorot kumpulan.
Mereka ketinggalan tiga mata di belakang Croatia, yang tewas 2-1 kepada Perancis di Zagreb.
Sumber : AFP
