Mayat mangsa lemas Amirun Mohamad selamat ditemui
Mayat mangsa lemas Amirun Mohamad selamat ditemui
KUANTAN : Selepas dua hari, mayat remaja lelaki berusia 14 tahun yang dikhuatiri lemas di Pasir Kubur,Sungai Lembing,Kuantan,Pahang ditemukan petang tadi.
Mangsa, Amirun Mohamad ditemui pada 6.10 petang tadi oleh orang awam kira-kira 6.2 kilometer dari lokasi terakhir dia dilihat.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 2.35 petang semalam berhubung kejadian itu.
Kejadian berlaku ketika tiga remaja dalam lingkungan 14 dan 16 tahun menjalankan aktiviti mandi manda.
Seorang daripada mereka telah dihanyutkan air deras sementara dua lagi terselamat.
Operasi mencari dan menyelamat telah dilancarkan sejak semalam dibantu 36 pegawai dan anggota daripada Pasukan
Penyelamat Di Air (PPDA) Kuantan dan Pekan ; Pasukan K9 dan
Pasukan Bomba Sukarela Sungai Lembing.
Operasi tamat pada jam 7.22 petang tadi.-SAHIH