Terkejut dan panik 1 Syawal jatuh pada 2 Mei
Terkejut dan panik 1 Syawal jatuh pada 2 Mei
Rata-rata netizen terkejut setelah mengetahui pengisytiharan Hari Raya Aidil Fitri jatuh pada 2 Mei 2022 malam tadi kerana semua beranggapan Aidil Fitri jatuh pada 3 Mei seperti termaktub dalam kalender luna 2022.
Banyak usikkan jenaka orang ramai tersebar melalui di laman sosial setelah masing-masing melakukan persiapan terakhir saat akhir malah ada yang membuat pembelian panik untuk mendapat bekalan seperti ayam, santan dan sayur-sayuran untuk persiapan juadah di hari raya.
Malah, ada memaklumkan di Sabah sudah menjalankan ibadah solat terawih sehingga enam rakaat dan dihentikan untuk menjalankan takbir raya.
Di Jerantut, Pasar Ayam berdekatan Pasar Besar Jerantut turut diserbu orang ramai untuk mendapatkan bekalan sejurus mengetahui pengumuman hari raya diumumkan melalui media elektronik dan media sosial.
Kedai jual santan turut diserbu untuk mendapatkan bekalan terakhir, ada pasar raya dibuka sehingga menjelang tengah malam untuk memberi kemudahan kepada orang ramai.
Tinjauan juga mendapati kedai gunting rambut terus dibuka sehingga tengah malam.-SAHIH.