Lelaki 33 dan 36 ditahan dalam Ops Tapis di sebuah rumah berpenghuni
Lelaki 33 dan 36 ditahan dalam Ops Tapis di sebuah rumah berpenghuni
LIPIS – Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Lipis berjaya menahan dua lelaki berusia 33 dan 36 di sebuah rumah berpenghuni di Kampung Sungai Damak, Kuala Lipis dalam Ops Tapis, awal pagi ini.
Dalam serbuan tersebut, anggota BSJN telah menjumpai satu beg berzip mengandungi empat ketulan mampat disyaki dadah jenis Ganja dianggarkan seberat 58.36 gram dan empat peket plastik lutsinar disyaki dadah jenis Heroin, anggaran berat 41.81 gram.
Selain itu, dua peket plastik lutsinar disyaki dadah jenis Syabu, anggaran berat 5.96 gram dan lima rangkaian plastik lutsinar berisi sepuluh biji pil kemerahan disyaki Pil Yaba jumlah keseluruhan 50 biji dan anggaran berat 5.20 gram serta berjumlah keseluruhan RM 5,400
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor berkata, kedua-dua suspek berkerja sebagai buruh di sini dan mempunyai rekod lampau
“Suspek berusia 33 tahun mempunyai rekod lampau di bawah ADB 12(2) – 1 kes dan ADB 15(1)(a) – 2 kes, manakala suspek berusia 36 tahun, mempunyai di bawah ADB 15(1)(a) – 2 kes dan ADB 12(2) – 1 kes.
“Tangkapan tersebut diklasifikasi di bawah Sek. 39B ADB 1952, SEK.39A(2)ADB 1952, SEK.39A(1) ADB 1952 dan Sek. 15(1)(a) ADB 1952, selain itu hasil ujian urin kedua-dua mereka positif morphine,” katanya.
Tambahnya, dua suspek tersebut telah dibuat ujian saringan Covid di Hospital Kuala Lipis dan hasil saringan awal dapati mereka bebas Covid dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat kes untuk tindakan selanjutnya. Suspek berusia 36 tahun akan direman pada 29 Januari untuk siasatan lanjut.-SAHIH.