18 penumpang bas ekspres selamat dalam kemalangan dengan lori
18 penumpang bas ekspres selamat dalam kemalangan dengan lori
Foto atas: Bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 132.6 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuala Lumpur, pada jam 4.26 petang, hari ini.
TEMERLOH – Pemandu lori dan bas serta 18 penumpang bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 132.6 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuala Lumpur, pada jam 4.26 petang, hari ini.
Detik cemas itu berlaku apabila bas ekspres tersebut merempuh belakang sebuah lori dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Pahang, PPgB Azhar Jaafar, pihak bomba telah menerima panggilan daripada MERS 999 pada jam 4.26 petang.
Katanya, dalam, kejadian yang berlaku itu, pemandu lori lelaki selamat manakala 10 lelaki dewasa termasuk pemandu bas dan 8 perempuan dewasa penumpang bas selamat dan semua mangsa tidak tersepit.
“Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh telah diarahkan ke lokasi kejadian dengan kekuatan logistik satu Jentera FRT dan satu Jentera EMRS dengan keanggotaan seorang Pegawai Penyelia bersama tujuh orang anggota.
“Pasukan bomba membuat operasi mengeluarkan mangsa yang masih berada di dalam bas. Pihak anggota Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM) dan anggota EMRS memberi rawatan awal kepada mangsa yang cedera,” katanya.
Menurutnya, semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital berdekatan dengan menggunakan Jentera EMRS, sebuah ambulan KKM dan tiga unit ambulan Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk rawatan selanjutnya.-SAHIH.