Kerajaan Taliban tidah sah kepimpinannya
PUTRAJAYA – Malaysia belum membuat sebarang keputusan untuk mengiktiraf kerajaan pimpinan Taliban di Afghanistan.
Jelas Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah, kerajaan tidak mahu terburu-buru membuat keputusan dan akan meneliti perkembangan semasa sebelum membuat apa-apa keputusan.
” Dan kita berhati-hati dalam proses pengiktirafan ini. Kita kalau boleh biarlah pengiktirafan itu dibuat melalui international platform sebagai contohnya setelah OIC membuat keputusan kita akan iktiraf. Itu mudahkan untuk kerajaan Malaysia membuat keputusan” katanya selepas menyampaikan amanat tahun barunya di Putrajaya.
Tambahnya, walaupun kerajaan masih belum mengiktiraf kerajaan negara tersebut, namun bantuan awal telah disalurkan bagi membantu Afghanistan yang terkesan.
Antranya termasuklah penyaluran bantuan kewangan sebanyak US Dolar 100,000 selain bantuan kemanusian oleh pihak badan bukan kerajaan (NGO) tempatan iaitu pihak Global Peace Mission.
Mereka merupakan antara NGO yang terawal tiba disana selepas tentera Amerika Syarikat meninggalkan negara tersebut.
Beliau turut menyeru dan menggalakkan lebih banyak NGO untuk tampil kedepan dan menyalurkan bantuan disana.-SAHIH