Kampung Karak Setia projek pertama Program Rintis Pembaikan Rumah Pasca Banjir
Kampung Karak Setia projek pertama Program Rintis Pembaikan Rumah Pasca Banjir
Bentong – Kampung Karak Setia, Bentong Pahang menjadi projek sulung pelaksanaan Program Rintis Pembaikan Rumah Pasca Banjir 2022 yang diumumkan Perdana Menteri semalam.
Projek itu melibatkan 20 buah rumah penduduk dengan peruntukan sebanyak 15 -Ribu Ringgit dengan lantikan terus 10 pemaju yang berdaftar.
Hasrat itu ternyata mendapat reaksi positif penduduk setempat yang terjejas di kawasan berkenaan.
Rata – rata mereka menzahir rasa terima kasih terhadap komitmen kerajaan mempercepat bantuan pasca banjir di samping mempermudah urusan mereka bangkit semula selepas bencana berkenaan.
Dalam pada itu ,Exco Kerajaan Negeri Pahang yang juga sebagai Penyelaras Parlimen Bentong ,Datuk Seri Ir. Mohd Soffi Tan Sri Abdul Razak berkata kerjasama kerajaan negeri dan persekutuan dilihat proaktif dalam memastikan kebajikan penduduk terjamin.
Beliau berkata kepada media selepas merasmikan Program Rintis Pembaikan Rumah Pasca Banjir dan Penyerahan Surat Lantikan Bagi Projek Pembaikan Pasca Banjir ,di Kampung Karak Setia, turut hadir sama Datuk Indera Zulkifli Yaacob Pengarah Pembangunan Negeri Pahang .-SAHIH