Mangsa banjir di Pahang akan menerima bantuan khas banjir
KUANTAN – Semua mangsa banjir di negeri ini akan menerima Bantuan Khas Bencana Banjir sebanyak RM500 akan diserahkan kepada setiap ketua keluarga yang terjejas dengan bencana banjir di negeri ini.
Pengumuman pemberian bantuan khas sebanyak RM500 diumumkan oleh Menteri Besar Pahang, semalam.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam kenyataan berkata, bantuan itu adalah sebagai tanda prihatin kerajaan negeri terhadap mangsa yang terjejas.
Katanya, semua kategori penerima iaitu mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS), mangsa yang tidak berpindah ke PPS sebaliknya menumpang di rumah saudara mara, mangsa yang tinggal di rumah sewa dan mangsa yang tidak berpindah ke mana-mana.
“Kerajaan negeri membuat sumbangan ini berdasarkan kemampuan dan keupayaan kewangannya semasa negeri. Sumbangan RM500 ini demi meringankan beban yang ditanggung, Insya-Allah,” katanya.
Banjir di Pahang bermula Jumaat lalu dan situasi semasa banjir pagi ini, menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyaksikan seramai 37,356 mangsa masih ditempatkan di 264 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan daerah terjejas banjir.
Daerah yang terjejas adalah Kuantan, Temerloh, Bentong, Maran, Lipis, Raub, Jerantut, Bera dan Pekan.-SAHIH.