Boboy ditemui 800 meter
Boboy ditemui 800 meter
BENTONG : Mayat seorang kanak-kanak lelaki dan seorang warga emas wanita telah ditemui selepas dihanyutkan kepada air yang mengalir ke dalam sebuah kawasan chalet Bobby Eco Camp di Bentong, Pahang pada malam Sabtu lalu.
Sementara seorang lagi masih hilang.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam satu kenyataan berkata, mayat kanak-kanak lelaki tersebut ditemui pada 10.30 pagi tadi sekitar 800 meter daripada lokasi kejadian.
Mayat mangsa ditemui setelah pasukan membuat pencarian secara sweep searching dan fan searching di kawasan sisa-sisa kayu.
Mayat mangsa telah berjaya dikeluarkan daripada timbunan kayu-kayu yang dihanyutkan arus dengan kaedah pemugaran dan pengalihan sisa-sisa kayu.
Sementara mayat wanita warga emas, Yap Koon Lan, 66 tahun ditemui kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian pada 10.15 pagi semalam.
Penemuan lokasi kedudukan mangsa telah berjaya dikesan oleh Unit Pengesan K9 JBPM.
Seterusnya mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.
Sebelum ini, bomba memaklumkan, tiga mangsa itu ialah sepasang suami isteri yang juga pemilik resort berkenaan dan seorang budak lelaki yang datang ke resort itu bersama keluarganya.
Terdahulu, lebih 30 orang termasuk sembilan kanak-kanak dilaporkan terkandas dalam kejadian banjir lumpur yang menenggelamkan restoran dan tiga kolam ternakan ikan patin, manakala pagar utama chalet turut roboh.-SAHIH