Dua remaja tidak sedar dirakam CCTV ketika tarik parcel
Dua remaja tidak sedar dirakam CCTV ketika tarik parcel
PETALING JAYA: Tindakan dua lelaki menarik bungkusan barang milik penduduk di Taman Inspira, Parit Raja ketika penghuni tiada di rumah mengundang padah apabila kejadian tersebut dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
Kejadi itu disiarkan seorang pengguna laman media sosial Facebook, Juriah Kassim yang juga salah mangsa kes pencurian itu.
Wanita itu berharap penduduk taman perumahan di Johor sentiasa menjaga barangan mereka ketika tiada di rumah dan memberi informasi bahawa pencuri tersebut tinggal di sebuah taman di Parit Raja.
Jelasnya, kes pencurian seperti itu bukan kali pertama berlaku di tamah perumahan tersebut walaupun laporan sudah dibuat oleh penduduk taman.
“Moga penduduk taman yang tiada di rumah bekerja lebih berhati-hati jika ada penghantaran parcel di dalam pagar rumah. Sudah banyak kes mereka buat walaupun baru sahaja pindah taman ni. Ramai dah orang taman buat laporan pasal keluarga ni tapi macam tak serik,” tulisnya diruangan keterangan Facebook.
Rata-rata netizen meluahkan perasaan marah melihat tindakan remaja tersebut kerana mengambil barangan milik orang lain dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas bagi memberi pengajaran.
“Nasib baik rumah ada CCTV, tak adalah nanti salahkan orang hantar parcel. Jahat betul yang ambil barang tu pun. Apalagi masalah dia nak ambil barang orang,” komen Zura Durra Izz Zameer, lapor utusan online.
“Cacat agaknya, tak boleh kerja. Pandai mencuri sahaja, sebab cacat otak sedangkan lagi ramai OKU dekat Malaysia ni pandai berniaga, pandai buat duit. Dua manusia ini memang betul-betul cacat otak,” komen Nelinania Hishamuddin.
“Siap bawak batang besi. Kiranya dia dah usha (amati) dulu sebelum tu. Budak-budak macam ni kalau perasan nampak dia lalu lagi depan rumah banyak kali, hati-hati la. Silap-silap habis barang lain pun dirembatnya. Kena selalu manga pagar tu walaupun orang ada dalam rumah,” komen Taufiq Al Hakim.
Gambar – media sosial