Rumah hampir rentung dalam kebakaran di Felda Padang Piol
Rumah hampir rentung dalam kebakaran di Felda Padang Piol
JERANTUT- Sebuah rumah binaan konkrit dan papan hampir 50 peratus dijilat api di Jalan Siantan Felda Padang Piol, dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.20 petang, semalam.
Penolong Penguasa Bomba, Balai Bompa dan Penyelamat (BBP) Jerantut, Mohd Zulkilfi Mohd Zainal, berkata seramai 9 anggota BBP Jerantut dan seorang pegawai termasuk 2 jentera dikejarkan ke lokasi kebakaran sejurus menerima panggilan.
“Setiba di lokasi, didapati tahap kebakaran dianggarkan 50 peratus dan tiada berlaku kemalangan jiwa, punca kebakaran dan kerugian masih di dalam siasatan.
“BBP Jengka turut membantu memadamkan kebakaran,, api dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 9.06 malam,” katanya.
Katanya, orang ramai dikehendaki berhati-hati ketika meninggalkan rumah dalam tempoh panjang dengan menutup semua suis elektrik dan juga memastikan dapur gas dalam keadaan terkawal,” katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Mohd. Zakhwan Ahmad Badarddin ketika dihubungi melahirkan takziah serta memohon pemilik rumah berkenaan, Johari Edrus bersabar dengan ujian Allah SWT.
“Pejabat Perkhidmatan Masyarakat DUN Tahan akan membantu keperluan kebajikan keluarga mangsa ini dalam tempoh pemulihan selepas kejadian ini.
“Kita juga memohon Jabaran Kebajikan Masyarakat Jerantut dan pihak pengurusan Felda Padang Piol supaya dapat membantu keluarga mangsa berkenaan,” katanya.-SAHIH.