4 MAUT 2 PESAWAT BERTEMBUNG
Berita Global
4 MAUT 2 PESAWAT BERTEMBUNG
RENNES: Empat maut manakala seorang lagi hilang selepas dua pesawat ringan bertembung di barat Perancis pada Sabtu, kata pihak berkuasa tempatan.
Pesawat mikro yang membawa dua penumpang bertembung dengan pesawat pelancongan DA40 dengan tiga orang di dalamnya sekitar jam 4:30 petang waktu tempatan di Loches, kata pegawai kerajaan tempatan, Nadia Seghier kepada AFP.
“Pesawat mikro berkenaan bagaimanapun mendarat di sekitar rumah tanpa membahayakan orang lain, manakala satu lagi pesawat yang lebih besar (DA40) pula beberapa ratus meter jauhnya di kawasan tidak berpenghuni,” kata Seghier.
Seorang Pendakwa raya, Gregoire Dulin, dari Tours yang berdekatan dengan lokasi kejadian, berkata empat mayat ditemui akibat perlanggaran dua pesawat berkenaan.
“Seorang lagi mangsa dikatakan masih hilang,” katanya.
Sementara itu, seorang saksi, Genevieve Allouard-Liebert berkata, dia kebetulan berada di luar rumah bersama suaminya dan melihat mangsa jatuh daripada pesawat akibat pertembungan itu.
Menurut Dulin, seorang lelaki berusia 75 tahun mengemudikan pesawat peklancongan dengan dua penumpang masing-msaing berusia 28 dan 30 tahun, sementara seorang lelaki berusia 66 tahun membawa pesawat mikro dengan seorang penumpang berusia 50 tahun.
Kira-kira 50 anggota bomba bergegas ke tempat kejadian manakala 30 anggota polis turut mengawal lalu lintas di dua lokasi nahas itu.
Setakat ini, punca kemalangan masih belum diketahui
“Tidak pernah ada pesawat melintas ruang udara di sekitar Loches. Ini kemalangan yang tidak mungkin dan sukar untuk dipercayai,” kata Datuk Bandar, Marc Angenault.
Sumber: AFP