ANGGOTA TERSELAMAT DARIPADA LEMAS DALAM MISI PENYELAMAT
ANGGOTA BOMBA TERSELAMAT DARIPADA LEMAS DALAM MISI PENYELAMAT
MELAKA: Seorang anggota bomba nyaris lemas ketika cuba menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Sungai Putat di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah berkenaan diselamatkan oleh rakan sepasukannya dan dikejarkan ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan lanjut.
“Kira-kira 20 orang turun cuba selamatkan mangsa termasuk anggota bomba lain seramai tujuh hingga lapan orang,” katanya ketika ditemui di Kampung Sungai Putat di sini hari ini.
Beberapa kawasan di sekitar Ayer Keroh dan Jasin di sini dilanda banjir selepas hujan lebat berterusan sejak jam 2 petang tadi.
Tambah Md. Yusof lagi, situasi cemas tersebut berlaku dalam tempoh kira-kira 15 minit, sebelum anggota berkenaan dibawa naik ke atas dengan selamat.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Melaka ketika dihubungi memberitahu, anggota tersebut dalam keadaan selamat, namun belum sedarkan diri.UTUSAN ONLINE
Video / gambar media sosial