Sesak nafas, pengsan ketika daki Bukit Tunggal
Sesak nafas, pengsan ketika daki Bukit Tunggal
Kampung Gajah: Seorang wanita terpaksa dibawa turun dengan bantuan anggota bomba ketika mendaki Bukit Tunggal di sini, hari ini selepas mengalami sesak nafas dan pengsan.
Terdahulu, wanita berusia 36 tahun itu melakukan aktiviti rekreasi di bukit berkenaan bersama keluarganya,lapor HM online
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah menerima panggilan kecemasan jam 8.50 pagi.
“Anggota bomba menaiki pacuan empat roda milik orang awam sejauh kira-kira 2.5 kilometer (km) dari kaki bukit untuk membawa turun mangsa.
“Mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Kampung Gajah untuk rawatan lanjut,” katanya.
Operasi yang diketuai Megat Mohd Dahari Megat Jamaludin itu tamat jam 11.40 pagi.