PEMANDU WANITA TERSEPIT DALAM KEMALANGAN BERJAYA DISELAMATKAN
PEMANDU WANITA TERSEPIT DALAM KEMALANGAN BERJAYA DISELAMATKAN
KUANTAN: Seorang pemandu wanita sebuah kereta yang tersepit dan cedera dalam satu kemalangan jalan raya berjaya diselamatkan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng di Jalan Pintasan Gebeng arah utara, hari ini.
Seramai 7 orang anggota BBP Gebeng bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas.
Mangsa kemalangan yang memandu kereta itu yang melibatkan sebuah lori treler telah diberi rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk rawatan lanjut.-SAHIH.
Foto: BBP Gebeng