Maut dihempap jentera sendiri
Maut dihempap jentera sendiri
BENTONG – Seorang lelaki warga asing 28 tahun maut , jentera berat dikendalikan terjatuh ke dalam gaung berhampiran persimpangan Dusun Eco Resorts , Bentong di sini, petang tadi.
Ketika kejadian kira-kira jam 3 petang itu, jentera berat jenis excavator terbabit terjatuh ke dalam gaung setinggi 24 meter ketika mangsa dipercayai mengendalikan jentera itu..
Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, seramai lapan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 3.10 petang.
“Pemandu jentera didapati tersepit di bawah jentera berat berkenaan dan bomba melakukan kerja-kerja mengorek tanah untuk mengeluarkan mangsa.
“Operasi tamat pada pukul 9.26 malam selepas mayat mangsa yang berjaya dikeluarkan,”katanya di sini hari ini.
Menurut Ismail, mayat mangsa diserah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.-SAHIH