LIMA PEMANDU MABUK DITAHAN, LEBIH 100 SAMAN DIKELUARKAN
LIMA PEMANDU MABUK DITAHAN, LEBIH 100 SAMAN DIKELUARKAN
JOHOR BAHRU – Seramai lima pemandu terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alcohol dalam Ops Bersepadu Samseng Jalanan yang diadakan di Jalan Ecoflora Utama, Setia Indah malam semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, dalam operasi bermula jam 10 malam itu, sebanyak 110 buah kenderaan diperiksa dan 83 saman melibatkan 128 pelbagai kesalahan telah dikeluarkan.
“Operasi melibatkan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSJT), Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) JBS dan disertai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor dan Penguat Kuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), “ katanya.
Katanya, hukuman tersebut tidak cukup berat sehingga kaki mabuk tidak ambil peduli, asalkan dapat meneguk arak yang diingini.
“Namun, tugas pasukan keselamatan sentiasa dilaksanakan bagi melindungi keselamatan pengguna jalan raya yang lain daripada menjadi mangsa pemandu mabuk.
“JPJ Johor turut mengeluarkan sebanyak 47 notis saman bagi pelbagai kesalahan dan menyita 12 buah motosikal atas pelbagai kesalahan trafik di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – SAHIH.
Dipetik dari VOICE