14 ditahan Operasi Samseng jalanan
14 ditahan Operasi Samseng jalanan
KUALA LUMPUR – Seramai 14 individu ditahan polis atas pelbagai kesalahan jalan raya dalam ops samseng jalanan dan ops motosikal di beberapa lokasi sekitar ibu kota , awal pagi i ahad.
Operasi bermula pada jam 9 malam dan berakhir jam 4 pagi itu menyita 17 motosikal.
Ketua jabatan siasatan dan penguatkuasaan trafik kuala lumpur, asisten komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata , operasi dijalankan di sekitar pusat bandar dan
Lebuhraya NPE .
Dalam operasi ini ade beberapa penunggang motosikal cuba melarikan diri dengan melawan arus.
Bagi operasi samseng jalanan di lebuhraya npe dan di jalan
Parlimen , unit risikan operasi JSPT KL telah menahan dan menangkap 5 orang lelaki
Yang menunggang dalam keadaan merbahaya dan melakukan aksi zig – zag , roket , superman serta bersaing.
Kesemua tangkapan berumur dalam lingkungan 18 hingga
25 tahun telah dibawa ke balai i polis trafik , kuala lumpur dan akan dituduh di bawah
Seksyen 42(1) apj 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya sehingga
Mengganggu pengguna jalan raya yang lain.
Sebanyak 333 saman telah dikeluarkan di atas pelbagai
Kesalahan dan 17 buah motosikal telah disita.-SAHIH .