KERTAS PANDORA: MENGAPA NAK JADI PEGUAM KEPADA PERASUAH, ANWAR SOAL SPEAKER
KERTAS PANDORA: MENGAPA NAK JADI PEGUAM KEPADA PERASUAH, ANWAR SOAL SPEAKER
KUALA LUMPUR: Selepas rayuan usul terbaharunya yang mendesak Kertas Pandora dibahaskan di Dewan Rakyat ditolak, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mempersoalkan sikap Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun yang bertindak sebagai peguam berhubung kebocoran data.
Dalam jawapan balas tindakan beliau menolak usul itu, Azhar berkata, Kertas Pandora bukan mengenai pengeluaran duit dari luar negara ke luar pesisir tetapi pendedahan pegangan saham di syarikat luar pesisir yang mana ia dua perkara berbeza.
“Semakan saya, sesetengah saham menurut kenyataan di luar sana, nilainya hanya kecil bukan bernilai berbilion di mana hanya sekadar lima pound sahaja, kalau tak silap saya,” katanya kepada Anwar.
Anwar (PH-Port Dickson) kemudian tetap mempertahankan tindakannya untuk membawa Kertas Pandora itu supaya dibahaskan di Parlimen.
“Mengapa Speaker nak jadi peguam kepada perasuah-perasuah ini? Kenapa? Saya ada dokumen, dan bagaimana seorang menteri boleh simpan saham di sana begitu banyak… (wang) ini dari mana dari langit? Itu bermakna dari sini… wang yang dibawa keluar, ratusan berbilion, saya tak paham kenapa nak jadi peguam bagi orang-orang ini.
“Kalau betul hanya lima pound bahas la di sini. Sumber saya bukan sekadar di media, sumber saya lebih dari itu sebab itu saya nak bawa perkara ini ke Parlimen untuk dibahaskan,” katanya dan menambah ia bukan untuk menghukum tetapi mahu rakyat mengetahui sumber sebenar dana berkenaan.
Sumber: FMT