Sukarelawan Askar Wataniah maut kemalangan
Sukarelawan Askar Wataniah maut kemalangan
KEMAMAN – Seorang anggota sukarelawan Askar Wataniah maut selepas motosikal yang ditungganginya terlanggar dengan sebuah teksi di Kilometer 156, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran simpang tiga lampu isyarat Geliga di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 7.15 pagi, mangsa, Mohamad Khir Mohamad Fazeli Perkasa, 25, meninggal dunia sewaktu menerima rawatan ketika menerima rawatan di Hospital Kemaman di sini.
Dia yang berasal dari Parit Sulong, Johor mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan rusuk.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian teksi yang dipandu seorang lelaki berusia 65 tahun dari arah Kuala Kemaman meneruskan perjalanan ke arah Kuala Terengganu sebaik lampu isyarat bertukar hijau,lapor kosmo online
“Sebuah motosikal jenis Yamaha LC135 yang dinaiki mangsa tiba-tiba datang dari arah Kemaman melintasi lampu isyarat tersebut sebelum merempuh bahagian kanan teksi tersebut.
“Impak rempuhan tersebut menyebabkan mangsa tercampak sebelum dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Kemaman,” katanya di sini hari ini.