MAYAT LELAKI DITEMUI DI SUNGAI TONGGANG, IPOH
MAYAT LELAKI DITEMUI DI SUNGAI TONGGANG, IPOH
IPOH: Mangsa lelaki Melayu berusia 20 tahun yang dikhuatiri lemas dijumpai tersangkut di batu lebih kurang 500 meter daripada tempat mangsa dilaporkan jatuh di Sungai Tonggang, Tanjung Rambutan pada jam 10.00 malam hari Rabu.
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dari Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Ipoh yang menerima panggilan pada jam 8.17 pagi semalam dan bergegas ke tempat kejadian dan menjumpai mayat mangsa.
Ketua Operasi, Azman Hussin@Hassan berkata mayat mangsa kemudian ditarik ke tepi tebing dan dinaikkan ke daratan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Sebelum itu, anggota JBPM melakukan tindakan membuat pencarian sejauh kira-kira 2.5 kilometer dari tempat mangsa jatuh secara pencarian permukaan air serta di kawasan lubuk dan tebing-tebing disekitar sungai. Operasi SAR tamat pada jam 11.00 pagi.-SAHIH.