Perhilitan Rampas Sumbu Badak bernilai RM30juta
Perhilitan Rampas Sumbu Badak bernilai RM30 juta
JERANTUT: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia berjaya merampas 50 unit disyaki
sumbu badak yang dianggarkan bernilai RM30 juta dalam satu operasi 9 September lalu..
Kenyataan media yang dikeluarkan hari ini menyatakan PERHILITAN berjaya menahan dua orang suspek warganegara Malaysia yang menjadi dalang sindiket tersebut.
“Hasil pemeriksaan ke atas dua orang suspek warganegara Malaysia tersebut telah menemui dan merampas sumbu badak dibawah Operasi Bersepadu Khazanah ( OBK) Zon Tengah pada 9 September lalu.
” Kedua dua suspek di tahan di bulatan Masjid KLIA Sepang, Selangor kerana melakukan jenayah yang
melibatkan penyeludupan hidupan liar,” katanya.
Katanya, hasil pemeriksaan ke atas dua orang suspek tersebut, PERHILITAN telah menemui 50 unit disyaki
sumbu badak yang dianggarkan bernilai RM30 juta.
“Turut dirampas adalah sebuah lori dan dokumen berkaitan penyeludupan sumbu badak.
“Kejayaan operasi yang dijalankan oleh anggota Jabatan PERHILITAN itu adalah hasil daripada aktiviti risikan secara berterusan oleh
unit khas,” katanya.
Katanya, berdasarkan rekod Jabatan PERHILITAN, kejayaan hasil rampasan kali ini adalah yang terbesar dalam tempoh lima
tahun bagi sitaan sumbu badak.
” Spesies-spesies badak serta bahagiannya adalah dilindungi dan dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan liar
2010 [Akta 716].
” Ia juga disenaraikan di bawah Apendiks I dalam Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam
[Akta 686] di mana spesies- spesies ini tidak boleh diperdagangkan sama ada diimport atau dieksport bagi tujuan komersial,” katanya.
” Terdapat lima kes berkaitan dengan penyeludupan yang melibatkan 96 unit sumbu badak telah direkodkan oleh Jabatan PERHILITAN dalam
tempoh 10 tahun kebelakangan ini.
” Kesemua 50 unit disyaki sumbu Badak ini akan dijalankan analisis Deoxyribonucleic Acid atau DNA oleh Makmal Forensik Jabatan
PERHILITAN bagi mengenalpasti sumber asal sumbu badak tersebut sama ada ia daripada spesies badak tempatan atau luar
negara, ” katanya.
Beliau berkata, walau bagaimanapun, setakat ini sumbu badak tersebut adalah disyaki diseludup dari luar negara.
” Kesemua suspek akan disiasat di bawah Seksyen 68, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] iaitu menyimpan mana-
mana hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya.
” Jika disabit kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan tidak melebihi RM100,000.00 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-
duanya sekali.
Beliau berkata, pihak Jabatan PERHILITAN memberi amaran tegas kepada mana- mana individu yang menjalankan aktiviti pemburuan haram dan jenayah hidupan liar agar menghentikan serta merta aktiviti terbabit atau bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang yang
tegas.
Katanya, Jabatan PERHILITAN menyeru keprihatinan dan kerjasama agensi- agensi penguatkuasa, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), pihak
swasta serta orang awam untuk menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah hidupan liar dalam usaha melindungi khazanah
biodiversiti agar tidak diancam kepupusan.-SAHIH