KERUSI ‘STAY AT HOME’
Kerusi tayar terpakai yang dibuat untuk mengisi masa lapang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) enam bulan lalu mendapat sambutan dan kini menjadi sumber pendapatan lumayan, kata Mat Jmn Ijam, 59.
Peneroka Felda Jengka 24 Jerantut Pahang ini, berkata, ketika PKP, masa banyak terluang di rumah kerana tidak boleh keluar, menyebabkan beliau sering melayari media sosial dan terjumpa idea membuat kerusi dari tayar terpakai ini.
“Dari situ sifat ingin mencuba, membuak, apatah lagi di rumah nii terdapat banyak longgokkan tayar lama di dalam stor yang sebelum ini sering dijadikan tenpat menanam bunga,” katanya.
Beliau berkata, apabila siap kerusi tayar terpakai ini agak selesa di duduki dan menjadi kerusi santai yang unik dan sesuai di setiap kediaman terutama di kawasan luar rumah kerana ia lasak dan tahan pada cuaca panas atau hujan. .
Menurutnya kerusi itu mendapat perhatian peneroka dan anak muda di sini apabila melihat kerusi itu di depan rumah saya dan mereka mula menyebarkan melalui facebook dan mula menjadi viral.
Katanya dari situ orangramai mula membanjiri rumah untuk melihat yang tertarik dengan keunikan dan ketahanannya. Mereka mula membuat tenpahan untuk mengisi halaman rumah masing masing dan kini saya tidak menang tangan menyiapkannya.
Katanya, pada masa ini beliau membuat tempahan khas tayar terpakai dari kedai tayar di Jerantut bagi memenuhi tempahan dari pelanggan.
Mat Jan berkata, beliau menggunakan peralatan yang asas untuk membuat kerusi itu, iaitu tayar terpakai, tali dan pita pelekat, selain gerudi sebagai alat penebuk lubang.
“Satu kerusi memerlukan tiga tayar dengan satu daripadanya diukir dan dipotong khas untuk dijadikan penyandar.
“Saya membuat kerusi ini pelbagai saiz, bergantung kepada jenis tayar yang digunakan dan dijual dengan harga RM 60 ke RM 70 setiap satu,” katanya.
Menurutnya, sehingga kini dia sudah menjual lebih 100 kerusi itu di kalangan peneroka FELDA Jengka dan orang luar dan setiap hampir setiap hari ada orang membuat tempahan.
** Jika sesiapa yang berminat untuk tempahan anda boleh terus telefon terus ke Pak Jam
+60 11-2195 6042