KAFE KUCING HITAM DI JEPUN
KAFE KUCING HITAM PERTAMA DI NEGARA MATAHARI TERBIT
TOKYO: Kafe Nekobiyaka terletak di bandar diraja Himeje menyajikan pemandangan unik kepada pelanggannya apabila hanya menempatkan kucing hitam di dalam premisnya.
Kafe yang dibuka tahun 2013 itu adalah yang pertama di Jepun, berbanding beratus-ratus kafe kucing biasa yang pernah tular sebelum ini.
Pemiliknya, Yagi berkata, idea mewujudkan kafe kucing hitam bermula apabila kesedaran timbul mengenai nasib kucing jalanan yang tidak mempunyai tempat tinggal.
Selain itu, kadar membela kucing hitam di Jepun kurang mendapat perhatian berbanding kucing warna lain.
Di Nekobiyaka, pelanggan dapat berinteraksi dengan kucing hitam sekali gus mengikis tanggapan dan tahyul bahawa kucing warna gelap ini memberi nasib malang.
Pada April 2020, kira-kira 321 ekor kucing berjaya menerima sijil daripada Nekobiyaka dan kucing ini akan bersilih ganti dari masa ke masa.
Terdapat sekurang-kurangnya 10 ekor kucing di kafe ini dan mereka akan memakai gelang leher berlainan warna supaya pelanggan dapat membezakan kucing-kucing itu.
Harga tiket adalah sekitar 1,000 yen (RM39) untuk setiap sejam pertama dan 500 yen (RM17) bagi setiap 30 minit selepas itu.
Bagi memudahkan pelanggan, kafe ini menyediakan minuman pilihan dan majalah bertemakan kucing.
Sumber: Agensi