Juruukur maut, dua cedera dalam nahas jalan raya
Juruukur maut, dua cedera dalam nahas jalan raya
KAPIT: Seorang juruukur maut manakala dua lagi lelaki cedera dalam satu kemalangan melibatkan dua kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang bertembung di simpang Rumah Nyikau, Jalan Kapit-Song pada petang Khamis.
Mangsa dikenali sebagai Empati Bujai, 58, yang tersepit di bahagian tempat duduk meninggal dunia kerana cedera parah di kepala dan dalaman.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lapit, PPgB Erwandy Tugor berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian pada jam 6.11 petang.
Katanya, sepasukan lapan anggota Bomba menaiki jentera dan EMRS bergegas ke lokasi kemalangan dan setiba di lokasi, mendapati berlaku kemalangan melibatkan dua kenderaan 4WD telah bertembung.
“Setiba di lokasi kemalangan mendapati telah berlaku kemalangan ‘head-to-head’ melibatkan dua kenderaan 4WD dan salah satu kenderaan tersebut terdapat dua mangsa lelaki dewasa tersepit,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, operasi dimulakan dengan menstabilikan kenderaan terbabit sebelum membuat pemotongan di bahagian kanan pintu kenderaan menggunakan alat pemotong hidrolik.
“Kedua-dua mangsa telah berjaya dikeluarkan namun salah seorang mangsa telah meninggal dunia oleh pihak paramedik di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.
Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Operasi tamat selepas pihak bomba melakukan kerja-kerja pembersihan jalan dan mengalihkan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu untuk memastikan keadaan jalan raya benar-benar selamat.
Oleh Michael Ubam
Kategory Sarawak