EMAS ZIYAD BAGAI DIRAGUT HALILINTAR
EMAS ZIYAD BAGAI DIRAGUT HALILINTAR
Meraikan kegembiraan setelah diumumkan melalui papan elektronik dengan memecahkan rekod dunia acara lontar peluru (F20) oleh Muhammad Ziyad Zolkefli semalam bagai diragut halilintar, petang semalam.
Kemenangan Ziyad dibatalkan kerana dikatakan selepas penganjur menerima bantahan daripada kontinjen Ukraine yang membangkitkan isu kelewatan Ziyad memasuki bilik menunggu (call room) sebelum pertandingan bermula.
Menurut Twitter rasmi Jawatankuasa Penganjur Olimpik dan Paralimpik Tokyo, pembatalan itu dibuat berdasarkan Peraturan 5.5 Atlet Para Dunia yang menyatakan kegagalan melaporkan diri ke bilik menunggu pada waktu yang ditetapkan akan menjadikan keputusan atlet terbabit sebagai DNS (did not start).
Dalam hantaran di media sosial, Ziyad juga menyatakan penghargaannya kepada semua atas sokongan yang diberikan semasa dia menyertai kejohanan paralimpik di Tokyo.
Lontaran terbaik Ziyad dalam acara sejauh 17.94 meter yang turut mencatatkan rekod dunia yang baharu.
Ekoran pembatalan itu, atlet Ukraine, Maksym Koval, yang mencatatkan lontaran sejauh 17.34 meter diberikan pingat emas.
“Saya minta maaf kepada semua rakyat Malaysia. Terima kasih memberi sokongan kepada saya,” katanya.
Kontinjen Malaysia membuat bantahan atas keputusan penganjur namun setakat ini belum ada sebarang tanda menunjukkan kedudukan berkenaan akan berubah semula.-SAHIH.