MAYAT LELAKI BOT LANGGAR BOYA DITEMUI
MAYAT LELAKI BOT LANGGAR BOYA DITEMUI
LANGKAWI: Mangsa yang hilang dalam kejadian bot gentian kaca terlanggar boya di perairan Pulau Lalang semalam, ditemukan mati di kawasan pokok bakau di Kuala Temonyong, di sini, hari ini.
Mayat Muhammad Ewandi Husnan, 22, ditemui orang awam tersangkut pada pokok bakau tidak jauh dari kawasan mangsa dilaporkan hilang, pada jam 4 petang.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata ketika ditemui mayat mangsa tidak berbaju dan berseluar trek panjang.
“Mayat terbabit dicamkan oleh abang mangsa dan dihantar ke Hospital Sultanah Maliha, di sini, untuk bedah siasat.
“Dengan penemuan mayat itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada jam 6.20 petang selepas digerakkan pagi semalam,” katanya.
Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Semalam, media melaporkan seorang lelaki hilang, manakala tiga rakannya terselamat selepas bot gentian kaca dinaiki mereka terlanggar boya pada kedudukan 0.5 batu nautika Selatan Pulau Lalang, pada 10 pagi.
Dalam kejadian itu, kesemua mangsa berusia di antara 18 dan 53 tahun dilaporkan tercampak ke laut akibat impak perlanggaran yang kuat.
Seorang mangsa yang terselamat patah hidung, manakala dua lagi masing-masing cedera ringan dan diselamatkan oleh bot nelayan tempatan, lapor BH online
Sementara bot yang dinaiki mereka dilaporkan telah bergerak tanpa pengemudi sebelum ditemui tersadai dalam belukar di Pulau Lalang pada jam 12.20 tengah hari semalam.
Info awal
https://www.facebook.com/376688289621505/posts/854596938497302/