PENDUDUK TAMAN SRI ANDALAS BIMBANG PENYEBARAN WABAK DI KAWASAN ITU
PENDUDUK TAMAN SRI ANDALAS BIMBANG PENYEBARAN WABAK DI KAWASAN ITU
EKORAN TERDAPAT PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC)
KLANG: Penduduk di kawasan Sri Mersing, Taman Sri Andalas merayu agar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengkaji semula penggunaan Dewan Sukan Klang yang terletak berdekatan penempatan di situ yang dijadikan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC).
CAC yang berperanan mengenal pasti pesakit sama ada dipantau di rumah, petugas CAC kemudian akan memantau dan menilai pesakit di rumah menggunakan Home Assessment Tool (HAT).
Pasukan CAC itu bertindak mengenal pasti dan menilai pesakit yang berkemungkinan menjadi lebih teruk untuk mengenal pasti pesakit yang memerlukan rujukan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) atau hospital..
Penularan melalui laman sosial terdapat rungutan orang ramai khususnya penduduk Taman Sri Andalas bimbang akan dijangkiti wabak itu memandangkan begitu ramai orang yang telah dijangkiti wabak itu berbaris panjang sehingga ke jalan raya untuk melakukan penilaian Covid-19.
Dikatakan pada masa ini, wabak itu boleh disebarkan melalui udara dan ini membimbangkan, terutama penduduk kawasan Sri Mersing yang jaraknya kira-kira 100 meter dari dewan tersebut.
Malah, terdapat orang ramai yang mengidap wabak itu berpusu ke situ, berbaris panjang sehingga berada di hadapan rumah penduduk di situ di tengah panas, termasuk kanak-kanak.
Ini menyebabkan penduduk di situ bimbang untuk mendedahkan diri di luar rumah kerana di situ kawasan perumahan dan dianggap berkepadatan penduduk yang tinggi.
Terdapat satu hantaran melalui laman sosial Facebook, Muhammad Hatta ZUlkifli berkata, penduduk berdekatan mula bising kerana dewan itu sangat dekat dengan perumahan di situ.
“Orang ramai yang mengidap Covid-19 untuk CAC dan swab test, ada yang memakai gelang Covid-19 dan beratur hingga di hadapan rumah penduduk.
“Persoalannya kenapa kerajaan negeri atau YB yang berkenaan tidaak mencadangkan Dewan Hamzah atau bagi up sikit kat Ballroom Hotel Premier yang berdekatan? Situ mungkin tak mengganggu penduduk” katanya melalui hantaran tersebut.-SAHIH.