VAN HALLEN MANGSA KANSER
Berita Global/Hiburan
VAN HALLEN MANGSA KANSER
LOS ANGELES: Legenda Rock, Eddie Van Halen, 65, meninggal dunia akibat kanser, pada Selasa.
Perkara itu diumumkan oleh anaknya, Wolf Van Halen, menerusi Twitter.
“Saya tidak percaya menulis ini tetapi bapa saya, Edward Lodewijk Van Halen meninggal dunia selepas lama bertarung dengan kanser, pagi ini,” tulisnya.
“Dia adalah bapa terbaik. Setiap momen yang kami kongsi dengannya sama ada di pentas atau di luar pentas adalah yang terbaik.
“Hati saya sedih dan tidak mungkin akan luka ini akan pulih. Saya sayangkan kamu,,” katanya lagi.
Dilahirkan di Belanda dan dibesarkan di California, Van Halen mengasaskan kumpulan rock dengan abangnya, Alex pada 1970-an sebelum popular.
Menjadi antara kumpulan paling berpengaruh di Amerika Syarikat (AS), kumpulan itu terkenal dengan pelbagai lagu seperti Jump, Panama, Runnin’ with the Devil dan gitar solo, Eruption.
Van Halen sudah menjual lebih daripada 75 juta album dan mempunyai lagu popular tempat pertama terbanyak dalam carta lagu rock di AS.
Eddie Van Halen meninggalkan balu iaitu isteri keduanya, Janie Liszewski dan seorang anak lelaki.