INSPIRASI G-SHOCK DARI TAMAN
Berita Lifestyle
INSPIRASI G-SHOCK DARI TAMAN
Kalau sebut G-SHOCK, rata-rata kenal atau pernah dengar bukan?
G-SHOCK sebenarnya dihasilkan oleh syarikat elektronik Jepun, iaitu Casio.
Dicipta oleh seorang engineer Jepun yang bernama Kikuo Ibe, nama G-SHOCK tu sendiri adalah singkatan untuk Gravitational Shock.
Ini bermakna G-SHOCK sememangnya dicipta untuk tahan tekanan mekanikal, getaran dan gegaran atau senang cakap tahan shock yang dihasilkan oleh Graviti, jadi nama dia G-SHOCK.
Tetapi pernah anda terfikir kenapa Ibe tiba-tiba mahu buat jam yang sangat tahan lasak ini? Ada nilai sentimental di sebalik penciptaan jam ini sebenarnya.
Sebelum jam ini dicipta, Ibe ada satu jam yang dia sangat disayangi; dihadiahkan oleh ayahnya.
Nak dijadikan cerita, satu hari jam itu terjatuh dan berkecai rosak. Jadi Ibe sangat sedih sebab dia memang sayang jam itu.
Sejak daripada itulah dia berazam untuk menghasilkan jam yang tahan lasak, walaupun jatuh tidak mudah rosak.
Tetapi untuk hasilkan jam idaman beliau ini bukan benda mudah. Ibe bersama team dia seramai 3 orang cipta jam ini berpandukan 3 kriteria utama atau dikenali sebagai TRIPLE 10 iaitu;
• boleh tahan jatuh dari ketinggian 10 meter
• boleh berada di tekanan air 10 atm (100m)
• mempunyai jangka hayat bateri selama 10 tahun
Ibe boleh buat case yang tahan lasak daripada besi, tetapi dia masih tidak boleh figure out macam mana untuk memastikan komponen elektronik dalam jam itu tidak rosak kalau diletakkan dalam keadaan TRIPLE 10.
Beratus prototype dia buat, gagal. Semua prototype yang dia buat, komponen elektronik dalamannya hancur bila letak dalam keadaan TRIPLE 10.
Satu hari, dia nampak seorang budak perempuan main bola di taman. Dia nampak bola itu melantun-lantun. Jadi dari situ Ibe dapat idea untuk buat jam G-SHOCK dengan enjin terapung (float watch engine).
Akhirnya impian Ibe jadi realiti bila G-SHOCK pertama berjaya dihasilkan dengan prinsip TRIPLE 10 pada tahun 1983, menggunakan struktur enjin terapung (engine floating structure) iaitu selepas 2 tahun projek tersebut dimulakan.
Sehingga ke hari ini, G-SHOCK kekal menjadi pilihan jam tangan untuk mereka yang sukakan aktiviti lasak dan fesyen menerusi kolaborasi bersama pelbagai jenama besar dunia antaranya Undefeated, Neighborhood Carhartt dan banyak lagi.
See? It’s hard to beat a person who never give up, right? Jadi jangan cepat mengalah dalam apa sahaja yang anda sedang lakukan. Jadilah seperti Kikuo Ibe.
TRIVIA: Tahukah anda Kikou Ibe hanya memakai 3 model jam tangan G-SHOCK? Kikou cuma mempunyai model DW-5600 dalam koleksinya dengan variasi warna hitam, putih dan merah.
Beliau cuma memakai model ini kerana DW-5600 adalah model pertama yang beliau cipta 3 dekad yang lalu.
Sumber: The Vocket