VARIANT OF CONCERN (VOC) LEBIH BAHAYA
VARIANT OF CONCERN (VOC) LEBIH BAHAYA
Dr Ahmad Samhan Awang yang membuka akaun TikTok @dr.samhan untuk berkongsi ilmu berkaitan dengan perubatan menyatakan jangkitan baharu Variant Of Concern (VOC) adalah varian yang perlu diperhatikan dan lebih bahaya.
“Setakat ini ada 3 VOC yang telah dikesan di Malaysia, iaitu varian Afrika Selatan (B.1.351); varian United Kingdom (B.117) dan varian India (B.1.617.1).
“Varian baharu ni merebak lebih cepat dan kadar kematian lebih tinggi serta kebanyakkan pesakit tidak bergejala, tidak ada kesan batuk, tidak ada sesak nafas, malah tidak mengalami selsema,” katanya melalui aplikasi TikTok.
Kata, lebih berbahaya, varian ini terus ‘melompat’ ke paru-paru, kalau lakukan saringan keputusannya negatif, tetapi apabila di X-ray, didapati sudah berada di tahap yang teruk kerana varian ini sudah bermutasi. Setakat vaksin pun virus ini pandang sebelah mata.
“Setakat ini sudah ada 114 kes VOC dikesan, 89 kes adalah varian Afrika Selatan (kesemua kes jangkitan dalam negara), sembilan kes adalah varian United Kingdom (5 kes jangkitan import dan 4 kes jangkitan dalam negara) dan enam kes varian India (kesemuanya jangkitan import).
“ Virus Covid-19, jenis VOC telah dikesan di setiap negeri dalam Malaysia terutamanya bagi varian Afrika Selatan, oleh itu, besar kemungkinan sudah pun berlaku penularan lebih meluas dalam komuniti,” katanya.
Doktor berusia 35 tahun, Dr Ahmad Samhan Awang berkongsi maklumat melalui Tik-Tok lebih popular sebagai ‘doktor viral’ berharap orang ramai hindari diri dari keluar rumah tanpa keperluan.
“ Memandangkan VOC didapati mempunyai kadar kebolehjangkitan yang lebih tinggi, situasi ini perlu diambil serius oleh semua orang. Sekiranya rantaian jangkitan penularan tidak diputuskan, ianya akan terus merebak dan lebih sukar bagi kita untuk terus membendung peningkatan kes Covid-19, “ katanya.
Beliau berharap maklumat ini harus dikongsi dengan kumpulan whatsapp keluarga, rakan dan saudara-mara agar turut bersama bersiap siaga dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.-SAHIH.