PENDUDUK LIPIS BANTU PERANG WABAK DAN KEMBALI MENJADI DAERAH HIJAU
PENDUDUK LIPIS BANTU PERANG WABAK DAN KEMBALI MENJADI DAERAH HIJAU
LIPIS: Varian terbaru virus COVID-19 dilihat semakin cepat menular dan berada dalam komuniti dan masyarakat di daerah itu sejak kebelakangan ini serta jumlah kes baharu harian semakin naik dan membimbangkan.
Ahli Parlimen Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, di Pahang kes yang masih aktif juga masih tinggi termasuk jumlah kematian setakat ini turut meningkat sehingga mencecah 52 orang.
“Untuk makluman penduduk di Lipis, ingin saya berpesan dan kongsikan bahawa pada 26 Mei lalu, kawasan kita telah menjadi daerah kedua tertinggi di Pahang mencatatkan kes baharu.
“Walaupun kes aktif di Lipis sekitar 197 kes dan bukan yang tertinggi, namun saya masih merasa risau akan data ini sekiranya kita semua tidak jalankan peranan sepenuhnya dan mengambil mudah akan prosedur operasi standard ( SOP) serta kawalan kendiri, “katanya melalui laman sosial Facebook beliau, hari ini.
Katanya, semua penduduk di daerah Lipis sewajarnya berpakat untuk amalkan kawalan kendiri masing-masing. Amalkan seruan kerajaan iaitu kita jaga kita agar virus tidak nampak ini terus hilang di negara, negeri dan daerah itu khususnya.
“Saya berharap daerah Lipis boleh dapatkan kembali berstatus daerah ‘hijau’ dalam masa terdekat ini dan mendoakan agar kita semua dapat bersatu hati sehingga kita menang berjuang berperang dengan pandemik ini,”katanya . –SAHIH.