PENEMUAN DAN PEMUSNAHAN BOM JENIS ARTILERI MERIAM 40MM DI PENGERANG
PENEMUAN DAN PEMUSNAHAN BOM JENIS ARTILERI MERIAM 40MM DI PENGERANG
Kota Tinggi- Sekitar jam 1120hrs , Unit Pemusnahan Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama UPB IPD Kota Tinggi telah menjalankan tindakan pemusnahan bom lama ataupun Unexploded Ordnance (UXO) jenis Artileri Meriam 40mm (18 butir) di Tebing Sungai Sebana, Jalan Penebok, Pengerang, Johor.
Penemuan UXO di tempat kejadian adalah hasil maklumat awam dan tindakan pembersihan keselamatan dengan menggunakan alat pengesan logam. Tindakan pemusnahan In Situation (In-situ) telah dijalankan dengan menggunakan teknik High order melalui kaedah elektrik, lapor Polis Johor.
Pemusnahan telah dijalankan dengan jayanya tanpa sebarang kehilangan ke atas nyawa dan kerosakan harta benda.
Pihak Polis Johor ingin menyeru kepada orang ramai sekiranya menjumpai objek yang mencurigai atau dipercayai bom, sila lapor segera kepada mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan siasatan lanjut.
Komander Unit Pemusnahan Bom Ibupejabat Polis Kontinjen Johor mengingatkan supaya setiap objek yang dijumpai dan disyaki bom jangan DIUSIK , DIALIH atau DIGERAKKAN bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.