PIJAK BENDERA ISRAEL SIMBOLIK PROTES KEZALIMAN ZIONIS
PIJAK BENDERA ISRAEL SIMBOLIK PROTES KEZALIMAN ZIONIS
Melaka: Kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin mendorong ahli jawatankuasa Masjid Al -Ghafur Merlimau Pasir di sini, menzahirkan simbolik bantahan dengan meletakkan bendera Zionis untuk dipijak di pintu utama masjid berkenaan pada 1 Syawal lalu.
Dengan menggunakan sepanduk terpakai, mereka dengan bantuan beberapa belia melukis bendera rejim Zionis menggunakan cat semburan sebelum jemaah memijaknya sebagai simbolik bantahan terbabit.
Setiausaha masjid, Mohd Fikri Roslan berkata, kezaliman Israel perlu ditentang dan apa yang dilakukan pihaknya hanya sebahagian kecil daripada penentangan dilakukan di seluruh dunia, lapor Harian Metro.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
“Kami meletakkan bendera dilukis pada sepanduk itu di pintu utama masjid dengan setiap jemaah yang masuk dan keluar akan memijaknya.
“Itu sahaja yang dapat kami lakukan sebagai menggambarkan kebencian terhadap tindakan biadap Zionis,” katanya.
Bukan itu saja malah laman Facebook masjid berkenaan turut memaparkan maklumat berkaitan kekejaman Israel.
“Kita tidak mampu melawan menggunakan senjata, tetapi kita mampu berdoa, menyumbang wang dan mengutuk perbuatan Israel,” katanya.