IZZAT GANTI WAN EMRIL SEBAGAI PRESIDEN MBM PAHANG
IZZAT GANTI WAN EMRIL SEBAGAI PRESIDEN MBM PAHANG
KUANTAN: Izzat Afifi Abdul Hamid dipilih sebagai presiden baharu Majlis Belia Malaysia (MBM) Pahang menggantikan Wan Emril Nizam Wan Embong.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdi Wan Ismail berkata, MBM Pahang telah menjalankan peranan mereka dengan baik untuk membangunkan belia di negeri Pahang.
“Mereka (MBM Pahang) telah berjaya membawa golongan dan persatuan belia di negeri ini di satu peringkat yang terpuji di bawah kepimpinan terdahulu, oleh itu kepimpinan muda yang baharu perlu meneruskan legasi kepimpinan terdahulu dan mengharumkan nama negeri.
“Sekarang mereka perlu kreatif untuk menarik lebih ramai golongan muda untuk turut serta menganggotai persatuan belia dan bergerak dengan kepimpinan dan perancangan aktiviti yang berkesan,” katanya.
Beliau berkata demikian meraikan saf saf kepimpinan dan para perwakilan dalam satu majlis sempena Mesyuarat Perhimpunan Agung Majlis Belia Negeri Pahang, semalam.
Katanya, berharap kepimpinan baharu ini akan terus mermartabatkan belia yang berada diluar sana dengan lebih cemerlang dan membawa perubahan yang lebih baik di Bumi Pahang ini.