SEPASANG BURUNG HUD-HUD MEMBUAT SARANG DI TAMAN TASIK TAIPING
SEPASANG BURUNG HUD-HUD MEMBUAT SARANG DI TAMAN TASIK TAIPING
TAIPING – Burung hud-hud, spesis binatang
perikatan Nabi Sulaiman A.S, menjadi utusan pemberitahuan mengenai Puteri Balqis, dikenal pasti singgah membuat sarang di Taman Tasik Taiping sejak dua minggu lalu.
Spesis burung yang jarang didapati di negara ini disedari oleh sekumpulan penggemar burung sewaktu mereka melakukan aktiviti di sekitar kawasan Taman Tasek Taiping.
“Burung Hud-Hud atau Hoopoe termasuk dalam spesis burung hijrah di antara bulan September hingga April setiap tahun apabila musim sejuk melanda di utara Asia. Kebiasaannya, burung-burung hijrah ini akan terbang pulang semula ke negara asal dalam bulan April.
Pihak MPT akan memantau dan memastikan keselamatan pasangan burung ini yang sedang bersarang dalam lubang pokok Jemerlang ataupun Yellow Flame. Setakat ini, belum ada rekod penemuan pembiakan burung ini di Malaysia, lapor KOSMO online.
Zoo Taiping & Night Safari akan berkolaborasi dengan Jabatan Perlindungan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Malaysia dan Pertubuhan Kelestarian Ekosistem Alam, Nature Educational Society (NEST) bagi menjalankan kerja-kerja pemantauan berkala di kawasan pembiakan burung Hud-Hud serta menentukan kaedah kawalan keselamatan dan penguatkuasaan.