KANAK-KANAK SAKIT GENETIK DAPAT BANTUAN
KANAK-KANAK SAKIT GENETIK DAPAT BANTUAN
MARAN : Masalah perubahan fizikal sejak awal kelahiran Mohd Aqil Aqmar Nordin yang menderita penyakit juvenile hyline fibromatosis yang disahkan oleh doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) mula mendapat perhatian beberapa pihak.
Kanak-kanak itu, berusia 4 tahun yang tinggal di FELDA Ulu Jempul bersama keluarganya yang menumpang di rumah datuknya seorang peneroka FELDA dan bapanya seorang buruh binaan dengan pendapatan RM1,000 sebulan bakal menerima bantuan.
Hasil siasatan awal, kanak-kanak itu bakal menerima Bantuan Penjagaan Pesakit Terlantar dan Kronik daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Kuala Sentul, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin memaklumkan, JKM akan meluluskan bantuan pesakit kronik atas nama penjaga sebanyak RM500 sebulan.
Katanya, beliau dimaklumkan pada awal kelahiran anak ketiga dari tiga beradik itu sempurna, tetapi kerap kali menangis dan menyangka merupakan tabiat bayi ketika lapar, buang air dan tidak selesa.
“Saya diberitahu, pada usia tiga bulan keadaan fizikal tangan, kaki termasuk kedua jari anggota berkenaan mulai membengkok dan tidak mampu menggenggam dan memasukkan jari ke mulut kebiasaan tabiat seorang bayi dan perubahan fizikal akibat penyakit ini berlarutan sehingga usia enam bulan apabila tulang belakang membengkok.
“Kini kanak-kanak ini mampu meluruskan tangan, siku dan kakinya, malah berlaku ketumbuhan pada bahagian gusi dan mulutnya,” katanya ketika dihubungi, semalan.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang berkata, memohon jabatan berkaitan melakukan lawatan untuk memberi bantuan yang sewajarnya.
Bapanya, Nordin Jasni berkata,sumbangan JKM itu meringankan perbelanjaan dia untuk membawa anaknya untuk mendapat rawatan susulan ke HKL.
Katanya, dia berterima kasih kepada ADUN Kuala Sentul, JKM dan orang ramai kerana membantu dan mendoakan kesejahteraan anaknya dan kegembiraan tiba tepat pada awaktu menjelang sambutan hari raya tidak lama lagi.
“Katanya, anaknya hanya berbaring secara mengiring sepanjang masa kerana tulang belakangnya membengkok dan hanya minum susu menggunakan tiub yang dipasang ke perutnya selepas menerima rawatan di HKL.
“Anak saya sudah dua kali membuat pembedahan pembedahan di HKL, iaitu menebuk leher untuk saluran pernafasan dan perut (saluran makan) pada 19 September tahun lalu dan membuang ketumbuhan di mulut dan gusi pada 14 April baru-baru,”katanya.
Katanya, dia telah menerima pelawaan pihak polis untuk membawa anaknya menaiki kereta peronda polis, hanya masa belum ditetapkan.