AGIHAN DIVIDEN DIJANGKA SELESAI SEBELUM AIDILFITRI
AGIHAN DIVIDEN DIJANGKA SELESAI SEBELUM AIDILFITRI
LIPIS – Pembayaran dividen kepada pekebun kecil Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan peserta FELCRA Berhad (FELCRA) dijangka selesai sebelum Aidilfitri.
Timbalan Menteri I Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, pembayaran dividen tersebut dibuat secara berperingkat dan telah bermula pada 27 April lalu.
Timbalan Menteri I Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad
” kita bayar berperingkat mungkin kalau boleh kita nak cuba sebelum raya. Sebab itu saya nyatakan bahawa kita bermula pada 27 April dah bermula 4 hari kita mula bayar dividen tersebut saya dapati tanyaan saya kepada perserta ramai yang dah terima”
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian laptop kepada pengerusi JKKK Parlimen Lipis dan Majlis Berbuka Puasa di Lipis,Pahang.
Baru-baru ini Perdana Menteri mengumumkan dividen kepada pekebun kecil Risda dan peserta Felcra yang diselaraskan dengan jumlah keselutuhan 189.08 juta ringgit.
Seramai 16 ribu 80 pekebun kecil Risda yang mengusahakan tanaman getah dan sawit bawah Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) dan 15 ribu 165 pekebun kecil yang mengusahakan Tanam Semula Komersial (TSK) bakal menerima dividen tahun 2020 dengan jumlah 82.03 juta ringgit membabitkan keluasan 39 ribu 430 hektar.
Sementara 58 ribu 826 peserta Felcra di selutuh negara akan menerima agihan akhir lebihan keuntungan tahun 2020 sejuah 107.053 juta ringgit.
Beliau berkata, keuntungan tersebut hasil hubungan baik dan kerjasama kerajaan Malaysia dan kerajaan di negara China, India dan Timur Tengah sehingga harga komoditi sawit meningkat kepada 750 ringgit mengikut tan. – SAHIH