WANITA GELANDANGAN SAKIT MENTAL KINI PENGHUNI SANG RIANG
WANITA GELANDANGAN SAKIT MENTAL KINI PENGHUNI SANG RIANG
BERA: Seorang wanita gelandangan yang dipercayai turut mengalami masalah mental diselamatkan dan kini ditempatkan di Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang, dekat sini, hujung minggu lalu.
Wanita itu dikatakan keluar dari rumah sejak dua minggu lalu selepas bertengkar dengan ibunya.
Dia kemudiannya menjadikan hentian bas Bera sebagai tempat berlindung.
Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bera yang menerima laporan mengenai wanita gelandangan sebelum mengambil tindakan segera dengan membawanya ke Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang untuk diberikan perlindungan.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Pengerusi rumah kebajikan itu, Yap Yoke Moey berkata, pihaknya mendapat kerjasama baik daripada Penolong Pegawai JKM Bera, Wan Nuzzufa Wan Daud dan kauselor JKM, Mohd Hisham Faizal Abdullah dalam menguruskan penempatan wanita dikenali sebagai A Kasthuri di Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang.
“Kita juga sudah menghubungi keluarga Kasthuri dan mereka setuju untuk menempatkan dia di sini,” katanya.
Yoke Moey berkata, pihaknya akan memastikan keselamatan dan kesihatan Kasthuri dipantau bagi memastikan keselesaannya sepanjang berada di Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang.