70 KILOGRAM IKAN BOM DI TANGKAP POLIS MARIN SEMPORNA
70 KILOGRAM IKAN BOM DI TANGKAP POLIS MARIN SEMPORNA
SEMPORNA – Bertindak atas maklumat orang awam Pasukan serbuan Pasukan Polis Marin (PPM) telah pergi ke kawasan laut Kampung Terusan, Pulau Bum Bum, Semporna. Sampai di lokasi telah nampak sebuah pumpbot dinaiki oleh dua Lelaki dewasa dalam keadaan mencurigakan.
Pumpbot tersebut telah ditahan dan hasil pemeriksaan di dalam ruang perahu telah menjumpai lebih kurang 70 kg ikan pelbagai jenis.
Hasil soal siasat ringkas dijalankan terhadap juragan, didapati ikan tersebut ditangkap menggunakan bahan letupan.
Suspek dan barang rampas bawa ke Pangkalan Pasukan Polis Marin Semporna kerana melakukan kesalahan dibawah Seksyen 26(1)(c) Akta Perikanan 1985 iaitu memiliki ikan yang ditangkap menggunakan bahan letupan.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna, DSP Mohammad Bin Ismail berkata dua lelaki berangsa bajau Laut masing-masing berusia 30an berasal dari Kampung Halo Semporna.
Rampasan melibatkan dua unit Enjin Pam, 70 Kg ikan pelbagai jenis, dua gulung hose, satu Unit kompresor, satu gelen jerikin, dus Set fin, dua unit propeller shaft dan satu buah perahu berwarna biru. Jumlah Nilai Rampasan dianggarkan sebanyak
RM8,170.00 19.
Tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Jabatan Perikanan Semporna utk siasatan lanjut.
Pasukan polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0132831197- sumber PDRM.