4 DAERAH TEMERLOH DIKENAKAN PKPD
4 DAERAH TEMERLOH DIKENAKAN PKPD
TEMERLOH – Empat perkampungan di daerah Temerloh, Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok sehingga 27 April depan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata PKPD itu melibatkan Kampung Paya Pulai Tengah; Kampung Pulau Terap; Paya Pulai-Kampung Batu 4 dan Paya Pulai-Kampung Batu 5, Jalan Maran.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Katanya, KKM mengesahkan telah berlaku penularan jangkitan COVID-19 di lokaliti tersebut dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi-SAHIH